Letter by The Spring JMB
Hi Apartment Penang,
I'm representing The Spring Condominium JMB. We would like to get assistance from your party to publish this petition regarding the proposed Jelutong Waste transfer station. We need everyone support against this proposal.
At the same time, i'd like to share the letter to the respective authority to oppose strongly on the proposed plan. Kindly see attached.
We appreciate your support on this petition for the benefit of the residence and our environment
http://www.ipetitions.com/petition/thespringjmc
Attention To :
1. Penang State Government
2. Penang Chief Minister & EXCO Members
3. Director of Penang Municipal Council (MPPP)
4. Director Department of Environment (DOE)
4. EUROASIA Express Sdn Berhad (Operator)
5. Kamaruddin Harun Consultants (Vendor)
WE are AGAINST the Proposed Jelutong Transfer station. It is a 'NO'!!!
Please do the right thing and put your signature down on the dotted line,
Let's say 'NO' to Jelutong rubbish transfer station in Jelutong area!
Online petition by :
The Spring Condominium
Joint Management Body
Attached with Letter to Authorities (below):-
Rujukan Kami:
Tarikh:
Yang Berhormat En Chow Kon Yeow
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas & Alam Sekitar
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Tingkat 52, KOMTAR
10503 Pulau Pinang
Yang Berhormat,
BANTAHAN TERHADAP CADANGAN PEMBINAAN STESEN PEMINDAHAN SISA PEPEJAL DI TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL, JELUTONG, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG.
Lanjutan daripada perjumpaan penduduk-penduduk di sekitar Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Jelutong bersama YB En Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong, YB En. Koid Teng Guan, ADUN Sungai Pinang, Wakil dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jurutera Perunding Kamaruddin dan Kontraktor, Eurasia Express Sdn Bhd pada 26hb Jun 2011 jam 11.00 pagi di Dewan Serbaguna, Kodominium The Spring, Jelutong, Pulau Pinang.
Kami mewakili penduduk yang tinggal di Kondominium The Spring, Jelutong, Pulau Pinang dengan ini membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk membina sebuah Stesen Pemindahan Sisa Pepejal di tapak pelupusan sisa pepejal Jelutong yang berada berdekatan dengan kondominium kami ini.
Kami membantah cadangan pembinaan stesen pemindahan ini atas sebab berikut:-
i. Mengikut gunatanah sediada, kawasan sekitar tapak pelupusan sampah Jelutong adalah untuk kediaman;
ii. Kawasan sekeliling tapak pelupusan sisa pepejal Jelutong ini merupakan kawasan pesat pembangunan dan akan mengakibatkan keadaan kacau ganggu kepada trafik sediaada dengan kehadiran lori-lori pungutan sampah domestic dan sisa pukal; dan
iii. Stesen Pemindahan yang dicadangkan ini boleh dikategorikan sebagai sektor industri dan lokasinya tidak bersesuaian memandangkan terdapat kawasan kediaman kurang dari 500 meter dari tapak cadangan pembinaan tersebut serta berpotensi menghasilkan pencemaran air dan udara. ( Garispanduan Jabatan Alam Sekitar, sekurang-kurangnya 500 meter dari kediaman)
Bersama-sama ini kami juga sertakan petisyen bantahan pembinaan stesen pemindahan ini sebagai asas pertimbangan Yang Berhormat untuk menilai semula pembinaan stesen pemindahan ini untuk dipindah ke kawasan lain yang lebih bersesuaian.
Segala keperihatinan Yang Berhormat terhadap permohonan kami ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang benar,
Jawatankuasa Pengurusan Bersama
(The Spring Condominiun Joint Management Body)
s.k.:
1. Yang Berhormat En. Jeff Ooi Chuan Aun,
Ahli Parlimen Jelutong
d/a Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang
Tingkat 28, KOMTAR
10503 Pulau Pinang
2. Yang Berhormat En. Koid Teng Guan
ADUN Sungai Pinang
126-B, Jalan Jelutong
11600 Pulau Pinang
3. Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Pulai Pinang
Paras 17, KOMTAR
10675 Pulau Pinang
4. Pengarah
Jabatan Alam Sekitar, Pulau Pinang
Aras Bawah (Zon B)
Wisma Persekutuan (SPU)
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
5. Pengarah Urusan, IJM Development Sdn Bhd
1 comment
I opposed the Waste Transfer station project in Jelutong. I think Penang needs more 'Green Park' especially at this side of the island. From Jetty till Batu Maung, there's no even a park other than some bushes for Penangites to enjoy. I would like to propose that State Government can consider turn the aging dumpsite into a Park. Best still if the site can be turn into a 'Memorial Garden' to remember all the unsung Penangite heroes of the past. It will be good for new generations of Penangites. I hope State Government will listen to all Penangites voice and concern.